Nuffnang Ads

Wednesday, August 1, 2012

Bicara kes Amri, Bunyamin & Ghaddar pada 7 Ogos



FAM

FAM
PERTUDUHAN pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar dan dua pemain Selangor, Bunyamin Umar dan Amri Yahya yang didakwa berkelakuan ganas dan tiada semangat kesukanan akan dibicarakan  pada 7 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.
 
"Memang kami telah menerima surat penjelasan daripada kedua-dua pasukan.
 
"Bagaimanapun, perbicaraan yang sepatutnya dibuat 3 Ogos terpaksa ditunda ke 7 Ogos atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan," kata Taufik ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
 
Jelas Taufik, pada perbicaraan tersebut, semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan masing-masing.

"Semua tertuduh akan dipanggil dan diberi peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi.

"Selepas itu, keputusan sama ada digantung ataupun tidak akan dibuat," katanya.
 
Sebelum ini Sinar Harian Online melaporkan FAM telah mengeluarkan surat pertuduhan kepada tiga pemain berkenaan dan mereka perlu mengemukakan bukti selewat-lewatnya hari ini sebelum jam 12 tengah hari.
 
Sekiranya didapati bersalah, hukuman gantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 akan dikenakan kepada pemain,

No comments:

Post a Comment