Nuffnang Ads

Monday, August 6, 2012

Kijang pikul beban status juara berganda


Pemain Kelantan tetap menjalani latihan sepanjang Ramadan.Pemain Kelantan tetap menjalani latihan sepanjang Ramadan.
Kota Bharu: Status juara Liga Super dan Piala FA musim ini, jelas tidak mahu dicemari Kelantan yang pasti mahu mengelak daripada mencipta sejarah hitam tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia apabila diundi dalam kumpulan maut bersama Kedah, Terengganu dan Tentera.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata sehubungan itu pengurusan pasukan sudah meminta pemain supaya sentiasa berwaspada dan tidak memandang mudah cabaran ketiga-tiga pencabar itu bagi mengelak menerima ‘kejutan’ di peringkat kumpulan. 



“Gelaran juara Liga Super dua tahun berturut-turut bukan jaminan kepada The Red Warriors (TRW) untuk melangkah lebih jauh, sebaliknya sikap memandang mudah keupayaan lawan akan menjejaskan tumpuan pasukan. 

"Jadi, kami tidak pandang mudah cabaran tiga pasukan lain dalam Kumpulan B kerana percaya setiap mereka ada kekuatan tersendiri," katanya di Kota Bharu, semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, walaupun berdepan tugas berat tetapi pihaknya tetap optimis pasukannya mampu melangkah lebih jauh musim ini selepas terkandas pada suku akhir piala berprestij itu musim lalu.

No comments:

Post a Comment