Nuffnang Ads

Friday, August 3, 2012

Aslam, Afiq tekad bantu Kelantan muncul Juara



Piala Malaysia: Aslam, Afiq tekad bantu Kelantan

Mohamed Aslam (dua, kiri) dan Muhammad Afiq (tiga, kiri) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan Kelantan yang lain di Padang Perdana, malam semalam.
“Kami mahu pamerkan aksi terbaik." Itu janji dua pemain Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudeen dan Muhammad Afiq Azmi yang dipinjam beraksi untuk Kelantan dalam kempen Piala Malaysia   penghujung bulan ini.

Kedua-dua pemain itu dipinjamkan bagi memperkuatkan benteng pertahanan dan serangan pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan piala paling berprestij itu selain menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) September nanti.

Mohamed Aslam yang beraksi di posisi pertahanan menganggap panggilan untuk beraksi dengan Kelantan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang bergelar pemain bola sepak.

“Saya sudah bersedia menghadapi cabaran baharu ini. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dipanggil menyarung jersi pasukan juara seperti Kelantan,” katanya malam semalam.

Dia berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia ini.

"Apabila dipanggil, sudah pasti saya perlu kena buktikan sesuatu kepada penyokong Kelantan lebih-lebih lagi harapan mereka cukup tinggi terhadap pasukan ini.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk membentuk keserasian dengan rakan sepasukan lain. Norshahrul Idlan (Talaha) dan Mohd Shakir (Shaari) rakan baik saya ketika beraksi bersama kelab Perak UPB-MyTeam tidak lama dahulu.

Begitu juga Bojan Hodak, saya pernah berada di bawah bimbingan beliau selama tiga tahun,” katanya.

Mohamed Aslam yang juga Ketua Pasukan Kuala Lumpur bagaimana pun mengakui cabaran getir menanti beliau bagi merebut tempat dalam kesebelasan pasukan memandangkan perlu bersaing dengan ramai pemain bertaraf  kebangsaan seperti S Subramaniam.

Sementara itu, Muhammad Afiq yang menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Super musim ini mengakui tidak sabar untuk membantu The Red Warriors dalam kempen Piala Malaysia nanti.

“Mula-mula rasa macam tak percaya Kelantan berminat mendapatkan khidmat saya kerana beberapa pasukan lain juga turut mengemukakan tawaran yang sama.

"Namun Ketua Jurulatih, Razip Ismail beri cadangan datang ke sini, sekurang-kurangnya saya boleh tingkatkan prestasi saya.

“Saya akui penyokong Kelantan memang terbaik di negara ini. Jadi saya perlu berusaha lebih gigih merebut tempat dalam pasukan. Saya kena buktikan kepada jurulatih, kehadiran saya di sini bukanlah sekadar memanaskan bangku simpanan semata-mata,” katanya.

1 comment: