Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Ghaddar wajib beri penjelasan kepada JK Displin KAFA


AKIBAT gagal melaporkan diri mengikut tarikh ditetapkan selepas dipercayai berbulan madu hingga terlajak cuti, pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Jawatankuasa diketuai Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan mendapatkan penjelasan daripada Ghaddar yang tiba dari Beirut, Lubnan hari ini.


Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, seperti diketahui, Ghaddar pulang ke negaranya untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berusia 19 tahun sebelum merancang berbulan madu dengan pasangannya itu.




Katanya, akibat tindakan Ghaddar yang gagal melaporkan diri pada tarikh ditetapkan, ia membimbangkan pengurusan pasukan kerana perbuatannya itu menjejaskan persediaan Red Warriors menghadapi kempen Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini.


“Pemain sudah lama bercuti malah lebih sebulan dan Ghaddar perlu menjelaskan kepada jawatankuasa mengapa gagal melaporkan mengenai percutian panjangnya itu.



“Kita berusaha merampas Piala Malaysia tahun ini dan Ghaddar harus cergas sepenuhnya untuk bersaing dalam kumpulan maut,” katanya.


Berikutan itu, Annuar menegaskan, ketua jurulatih, Bojan Hodak diarah memberi tugasan lebih kepada Ghaddar bagi memastikan prestasi pemain itu berada di tahap terbaik.


Annuar juga tidak menafikan, Ghaddar akan berada di bangku simpanan jika prestasinya berada di bawah kemampuan sebenar.


Katanya, Red Warriors tidak bergantung kepada seorang pemain tapi menggunakan sepenuhnya 30 pemain dimiliki bagi mengisi posisi yang kosong. “Sekiranya Ghaddar gagal menunjukkan kecergasan diharapkan, dia akan diletakkan di bangku simpanan dan diganti pemain lain. Kita tidak kira dia pemain ‘star’ atau tidak. Kalau tidak cergas dia tetap akan duduk di bangku simpanan.




“Pasukan kita masih kukuh kerana kita tidak mengamalkan konsep bergantung kepada seorang pemain kerana kita ada 30 pemain yang mampu melaksanakan tugas masing-masing,” katanya.

Tindakan disiplin menanti Ghaddar : Tan Sri Annuar Musa


Penyerang Kelantan Mohammad Ghaddar yang gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan bersama skuad Red Warriors, bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebaik sahaja pemain itu melapor diri.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil selepas pemain tersebut melanggar peraturan dengan mengambil cuti tanpa kebenaran seperti yang telah diberikan kepadanya sebelum ini.

Menurutnya, pemain tersebut yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan akan berlepas dari Beirut, Lebanon malam ini dan dijangka tiba ke Kota Bharu kira-kira pukul 1.50 tengah hari esok.

"Sejurus tiba, dia akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin. Kafa akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan perlu menjawab mengapa dia tidak melaporkan diri pada 5 Ogos lalu.



"Disiplin tetap disiplin, tiada istilah pemain emas atau sebaliknya. Peraturan tetap perlu dikuatkuasa," katanya.

Annuar memberitahu, tonggak utama pasukan kebangsaan Lebanon itu bakal berdepan latihan intensif dalam usaha untuk mengembalikan semula kecergasannya selepas berehat lebih sebulan tanpa sebarang aksi kompetitif.

"Tujuan kita ialah mahu pemain ini mengembalikan prestasinya menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 22 Ogos ini.

"Jikalau dia gagal mengembalikan semula kecergasannya dia pasti akan berada di bangku simpanan, begitu juga dengan pemain-pemain lain," ujarnya.

Jelasnya, Kafa menjadikan perkara tersebut sebagai amalan kerana tidak mahu Red Warriors terlalu bergantung harap kepada seorang pemain sahaja memandangkan Kelantan mempunyai 30 pemain yang boleh diturunkan pada bila-bila masa.

Monday, August 13, 2012

Afiq ledak hatrik buat The Red Warriors


Pemain pinjaman Kelantan, Mohd Afiq Azmi mempamerkan bisanya apabila meledak hatrik dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin. 

Pemain pinjaman dari Kuala Lumpur itu membantu pasukan menang 3-0 apabila menjaringkan gol pada minit 31, 33 dan 59 tetapi mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk keserasian dengan rakan baru sejak menjalani latihan pada 29 Julai lalu. 

Bagaimanapun, Mohd Afiq lebih yakin kerana rakan barunya banyak membantu, malah memudahkannya membentuk keserasian yang lebih mantap sebelum kempen Piala Malaysia membuka tirai 22 Ogos ini. 


"Saya masih perlu banyak belajar dan mendapat bantuan daripada rakan sepasukan untuk memantapkan ketajaman sebagai peledak dalam pasukan. 

"Saya gembira kerana mampu menjaringkan tiga gol untuk membantu Kelantan menang ke atas pasukan Pattani FC. Ini adalah satu permulaan baik dan merangsang semangat saya menjelang kempen piala berprestij itu," katanya sejurus perlawanan. 

Ternyata, penyerang tinggi lampai itu mampu menyesuaikan diri dengan cepat, walaupun kehadirannya masih baru sekali gus mampu mempertajamkan jentera serangan The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan trebel musim selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Sumber Gambar : Gawang.My

Friday, August 10, 2012

FAM tangguh kes gaduh Ghaddar



Mohammad Ghaddar

Mohammad Ghaddar
KES pergaduhan melibatkan penyerang Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud dengan dua pemain Selangor pada 29 Jun lepas yang sepatutnya dibicarakan di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, ditangguhkan kepada 16 Ogos ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Taufik Abdul Razak berkata, kes itu ditangguhkan ke tarikh baharu setelah Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) memaklumkan Mohammed Ghaddar sedang bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya di Lubnan.

"Kita mendapat surat daripada Kafa semalam memaklumkan pemain itu baru selesai mengadakan majlis perkahwinan di Lubnan dan akan kembali ke negara ini pada 13 Ogos.

"Setelah mengambil kira pelbagai sudut termasuk beliau (Mohammed Ghaddar) telah menghantar borang B - borang orang tidak mengaku salah serta surat pembelaan, kita bersetuju menangguhkan kes beliau kepada 16 Ogos ini," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, di sini hari ini.

Dua pemain Selangor - Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar, masing-masing digantung tiga perlawanan selain didenda RM1,500 oleh jawatankuasa berkenaan pada Selasa lepas, setelah kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

Dalam insiden di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Mohd Bunyamin didakwa menumbuk Mohamad Ghaddar manakala Mohd Amri dikatakan memijak belakang pemain tersebut pada perlawanan yang berkesudahan pasukan tuan rumah menumpaskan Selangor 1-0.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penyerang tersebut sekiranya tidak hadir pada 16 Ogos ini, Taufik berkata pihaknya akan meneruskan kes tersebut walaupun tanpa kehadiran pemain berkenaan.
"Kes itu tetap dibicarakan kerana berdasarkan Kod 5.1.5 dan 5.1.6, jawatankuasa mempunyai hak meneruskan perbicaraan sesuatu kes walaupun tertuduh tidak hadir. Namun, saya lebih gembira jika beliau hadir menerangkan kepada kita
insiden di Kota Baharu," katanya.

Taufik berkata sekiranya pemain tersebut didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib, beliau boleh dikenakan hukuman yang sama seperti terhadap Mohd Amri dan Mohd Bunyamin.
Sementara itu, katanya jawatankuasa tatatertib turut akan membicarakan kes melibatkan tiga pegawai Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) iaitu pengurus pasukan Datuk Che Nasir Salleh, penolong pengurus Zainal Abidin Hassan dan anggota fisioterapi pasukan itu pada 16 Ogos ini.
Mereka didakwa mempertikaikan keputusan pengadil yang melayangkan dua kad merah kepada pemain Pahang pada perlawanan kalah mati Liga Super ketika menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 19 Julai lepas.
"Surat pertuduhan telah dihantar kepada ketiga-tiga pegawai tersebut pada Selasa lepas dan kes berkenaan  akan dibicarakan pada 16 Ogos ini," katanya.
Pada perlawanan tersebut, Pahang mencatatkan kemenangan tipis 3-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa penuh permainan untuk mengisi slot terakhir ke Liga Super musim depan.

Sumber : Bernama

Abe Dar lapor diri Isnin ini


GHADDAR (tengah) pulang ke Lebanon sebaik tamat perlawanan persahabatan menentang QPR pada 20 Julai lalu.


PENYERANG import Kelantan, Muhammad Ghaddar yang hilang tanpa selepas gagal melaporkan diri untuk sesi latihan bersama pasukan itu pada pada 5 Ogos lalu akan kembali ke Kota Bharu, Isnin ini.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ejen pemain tersebut selepas empat hari kelibatnya tidak kelihatan menjalani latihan.
Menurutnya, beliau juga difahamkan, kegagalan pemain tersebut melaporkan diri pada tarikh berkenaan berikutan kematian bapa saudaranya selepas beliau pulang bercuti sebaik tamat perlawanan persahabatan menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai lalu.
"Kita akan tunggu penjelasan daripada pemain itu sendiri sebaik dia tiba di sini (Kota Bharu) Isnin ini seperti yang dimaklumkan.
"Namun, dia tidak akan terlepas hukuman sekiranya gagal memberikan alasan munasabah.
"Sepatutnya isu ini tidak akan diperbesarkan kerana saya sudah berbincang dengan ketua jurulatih, Bojan Hodak, tumpuan kita kini adalah persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam.
Ditanya mengenai perbicaraan Muhammad Ghaddar yang sepatutnya berdepan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, Azman memberitahu: "Kita sudah menerima surat daripada FAM meminta Muhammad Ghaddar supaya hadir pada sesi perbicaraan tersebut esok (hari ini).
"Kita sudah pun membalas surat berkenaan dan menyatakan bahawa pemain berkenaan masih belum sampai di Kota Bharu.
"Kita telah memperincikan mengenai ketiadaan Muhammad Ghaddar yang sepatutnya menyertai pasukan pada Ahad lalu tetapi beliau hanya akan kembali pada Isnin ini."
Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada FAM selepas pemain kebangsaan Lebanon itu kembali melaporkan diri untuk mengatur tarikh perbicaraan yang baharu.

Jelasnya, Muhammad Ghaddar perlu dan wajib menghadiri sesi perbicaraan tersebut kerana melalui surat yang dihantar kepada FAM 31 Julai lalu, pemain berkenaan mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan yang dikenakan.

Thursday, August 9, 2012

Tan Sri Annuar Musa Mendedahkan Jumlah Bayaran Bonus & Bayaran Saguhati Kepada Para Pemain The Red Warrior's



Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Haji Annuar Musa semalam melalui laman sosial rasmi facebooknya mendedahkan jumlah bayaran bonus sebenar kepada pemain Kelantan sepanjang kempen Liga Super 2012.
Sepanjang kempen Liga Super 2012, sejumlah RM449,000 telah pun dibayar kepada pemain Kelantan sebagai BONUS diatas kemenangan dengan bayaran tertinggi diperolehi oleh seorang pemain yang dirahsiakan namanya iaitu berjumlah RM19,000.

Bonus RM449,000 ini hanyalah untuk saingan kempen Liga Super 2012 sahaja dan ianya tidak termasuk lagi BONUS bagi saingan Piala FA dan saingan Piala AFC.
Purata bonus yang di berikan kepada pemain Kelantan ialah RM2000 hingga RM3000 sebulan sebagai tambahan kepada gaji masing-masing dan bonus terendah untuk satu perlawanan pula ialah sejumlah RM500 manakala bonus tertinggi untuk satu perlawanan pula adalah sebanyak RM3000.

Bayaran bonus lumayan ini nampaknya berbaloi baloi dan hasilnya Kelantan berjaya menjulang Piala Liga Super 2012 buat kali kedua berturut turut selepas berjaya menjulang piala itu pada musim 2011 dan bakal menyuntik semangat bagi persaingan merampas kembali Piala Malaysia yang terlepas musim lepas.
 PIALA LIGA SUPER

PIALA FA


Taufan membadai The Red Warrior's : Ghaddar 'tidak muncul', Obinna 'bakal tiba



Mohammad Ghaddar

Penyerang import sensasi Kelantan, Mohammad Ghaddar
BELUM pun reda kontroversi dengan pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar, penyerang import sensasi Kelantan, Mohammad Ghaddar sekali lagi mencetuskan ‘ribut’ terbaru di kem pasukannya ketika ini apabila gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama pasukan.

Kegagalan penyerang kebangsaan Lubnan itu yang sepatutnya bersama pasukan menjalani latihan pada 5 Ogos lalu sekali gus merencatkan persiapan awal yang dilakukan oleh The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengesahkan, Mohammad Ghaddar gagal melaporkan diri kepada majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) seperti dijanjikan selepas aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai lalu.

“Sepatutnya pemain ini melaporkan diri dengan kita pada tarikh tersebut. Segala usaha kita lakukan termasuk menghubungi beliau sendiri dan juga menerusi ejen di sini tetapi masih gagal,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

“Kita ambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai perkara ini. Secara jujur kita masih menantikan maklum balas pemain ini sama ada menerusi telefon atau e-mel. Mana tahu mungkin beliau ada masalah yang perlu diselesaikan di Lubnan ketika ini.

Azman bagaimanapun menegaskan, tiada keistimewaan bagi Mohammad Ghaddar dan membayangkan penjaring terbanyak Liga Super Kelantan itu bakal berdepan hukuman daripada pihak Kafa sekiranya gagal memberikan alasan munasabah mengenai kehilangan dirinya.

“Itu sudah dikira ponteng latihan. Sama seperti pemain lain, Ghaddar juga tidak terkecuali berdepan hukuman seperti pemotongan gaji daripada pihak Kafa sekiranya didapati bersalah. Itu sudah termaktub di dalam perjanjian kontrak antara kami dengan beliau.



Selain Mohammad Ghaddar, seorang lagi awang import TRW, Obinna Nwaneri juga masih belum melaporkan diri namun Azman menjelaskan pemain pertahanan kelahiran Nigeria itu dijangka berbuat demikian dalam sehari dua lagi.

“Obinna (Nwaneri) diberi cuti panjang sedikit bagi membolehkannya menyelesaikan urusan di Switzerland. Saya percaya beliau tidak menghadapi masalah untuk kembali bersama Kelantan selepas ini,” katanya.


Ketiadaan dua tonggak import itu menyaksikan hanya Mijo Dadic dari Croatia dan Keita Mandjou (Guinea) turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain di bawah kendalian Bojan Hodak sejak 1 Ogos lalu.

Monday, August 6, 2012

Kijang pikul beban status juara berganda


Pemain Kelantan tetap menjalani latihan sepanjang Ramadan.Pemain Kelantan tetap menjalani latihan sepanjang Ramadan.
Kota Bharu: Status juara Liga Super dan Piala FA musim ini, jelas tidak mahu dicemari Kelantan yang pasti mahu mengelak daripada mencipta sejarah hitam tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia apabila diundi dalam kumpulan maut bersama Kedah, Terengganu dan Tentera.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata sehubungan itu pengurusan pasukan sudah meminta pemain supaya sentiasa berwaspada dan tidak memandang mudah cabaran ketiga-tiga pencabar itu bagi mengelak menerima ‘kejutan’ di peringkat kumpulan. 



“Gelaran juara Liga Super dua tahun berturut-turut bukan jaminan kepada The Red Warriors (TRW) untuk melangkah lebih jauh, sebaliknya sikap memandang mudah keupayaan lawan akan menjejaskan tumpuan pasukan. 

"Jadi, kami tidak pandang mudah cabaran tiga pasukan lain dalam Kumpulan B kerana percaya setiap mereka ada kekuatan tersendiri," katanya di Kota Bharu, semalam.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, walaupun berdepan tugas berat tetapi pihaknya tetap optimis pasukannya mampu melangkah lebih jauh musim ini selepas terkandas pada suku akhir piala berprestij itu musim lalu.

Laluan sukar buat The Red Warrior's


STATUS juara Liga Super bukan jaminan buat The Red Warriors mudah melepasi saingan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia musim ini.
Berdasarkan undian bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia ATM) dalam Kumpulan B, Kelantan mempunyai tugas getir kali ini.


Perkara itu diakui pengurus Kelantan, Azman Ibrahim yang menganggap setiap pasukan dalam Kumpulan B mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak boleh dipandang mudah.


Malah, katanya, Kelantan yang akan memulakan saingan peringkat kumpulan B berdepan Terengganu di tempat lawan pada 22 ogos ini mahu mencari tiga mata berharga.



“Saya selalu mengingatkan pemain supaya melupakan status sebagai juara Liga Super kerana kempen Piala Malaysia jauh berbeza dan menjadi idaman setiap pasukan yang bertanding.


“Kita sedar laluan sukar menanti Kelantan tetapi tidak mustahil untuk kita harungi peringkat kumpulan asalkan setiap pemain fokus dan tidak memandang mudah keupayaan lawan,” katanya.

Sehubungan itu, Azman mahu The Red Warriors (TRW) waspada dengan cabaran pasukan yang bakal dihadapi bagi mengelakkan tercicir di peringkat kumpulan.


Malah, katanya, barisan pemain Kelantan mengatur persiapan diri dengan memulakan sesi latihan sejak 28 Julai bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan musim ini.


Azman turut mengaku pasukannya lebih menjadi perhatian umum kerana pencapaian konsisten TRW yang menjuarai Liga FA dan Liga Super musim ini.


Kelantan yang dikendalikan jurulatih dari Crotia, Bojan Hodak mempunyai tugas berat untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.



“Saya sedar penyokong ingin melihat kejayaan merangkul Piala FA dan Liga Super berterusan dalam kempen Piala Malaysia,” katanya.

Jikalau di ikutkan daripada persembahan semasa skuad Kelantan,skuad Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mara ke suku akhir nanti.


Friday, August 3, 2012

Jadual Penuh Perlawanan Yang Melibatkan Pasukan Kelantan Dalam Saingan Peringkat Kumpulan Bagi Piala Malaysia 2012


Sumber Gambar : SuperWarriors

The Red Warrior's berdepan dengan laluan berliku



Piala Malaysia: Kelantan berdepan dengan laluan getir

Kelantan tekad merampas kembali trofi Piala Malaysia yang dimenangi pada 2010.
azman ibrahim kafa kelantan

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim
JUARA Piala FA dan Liga Super, Kelantan berdepan saingan sengit apabila diundi bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung penghujung Ogos nanti.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui laluan pasukannya  kali ini pasti sukar.

"Diundi bersama tiga pasukan Liga Super dan satu dari Liga Perdana bukanlah satu  laluan yang  mudah bagi kami untuk menjulang gelaran juara. Dan saya akui undian kali ini agak getir buat pasukan Kelantan.

"Lebih-lebih lagi ATM juara Liga Perdana musim ini. Mereka agak  kuat untuk kami," kata Azman ketika ditemui di Majlis undian Piala Malaysia 2012 di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, Azman juga tidak mahu memandang ringan terhadap pasukan Terengganu dan Kedah yang dianggapnya bukan calang-calang pasukan.

"Terengganu adalah naib juara musim lepas. Sudah pasti mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk mencatat kemenangan. Jadi, bagi saya Terengganu mahupun Kedah harus diberikan perhatian.

" Apa-apa pun kami janji akan melakukan yang terbaik nanti," katanya lagi.

Dalam Piala Malaysia 2012, sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam merebut gelaran juara musim ini.



Berikut kedudukan 16 pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2012:

Kumpulan A: Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor

Kumpulan B: Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM

Kumpulan C: Perak, Negeri Sembilan, Felda United, Sime Darby

Kumpulan D: Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang




Aslam, Afiq tekad bantu Kelantan muncul Juara



Piala Malaysia: Aslam, Afiq tekad bantu Kelantan

Mohamed Aslam (dua, kiri) dan Muhammad Afiq (tiga, kiri) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan Kelantan yang lain di Padang Perdana, malam semalam.
“Kami mahu pamerkan aksi terbaik." Itu janji dua pemain Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudeen dan Muhammad Afiq Azmi yang dipinjam beraksi untuk Kelantan dalam kempen Piala Malaysia   penghujung bulan ini.

Kedua-dua pemain itu dipinjamkan bagi memperkuatkan benteng pertahanan dan serangan pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan piala paling berprestij itu selain menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) September nanti.

Mohamed Aslam yang beraksi di posisi pertahanan menganggap panggilan untuk beraksi dengan Kelantan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang bergelar pemain bola sepak.

“Saya sudah bersedia menghadapi cabaran baharu ini. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dipanggil menyarung jersi pasukan juara seperti Kelantan,” katanya malam semalam.

Dia berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia ini.

"Apabila dipanggil, sudah pasti saya perlu kena buktikan sesuatu kepada penyokong Kelantan lebih-lebih lagi harapan mereka cukup tinggi terhadap pasukan ini.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk membentuk keserasian dengan rakan sepasukan lain. Norshahrul Idlan (Talaha) dan Mohd Shakir (Shaari) rakan baik saya ketika beraksi bersama kelab Perak UPB-MyTeam tidak lama dahulu.

Begitu juga Bojan Hodak, saya pernah berada di bawah bimbingan beliau selama tiga tahun,” katanya.

Mohamed Aslam yang juga Ketua Pasukan Kuala Lumpur bagaimana pun mengakui cabaran getir menanti beliau bagi merebut tempat dalam kesebelasan pasukan memandangkan perlu bersaing dengan ramai pemain bertaraf  kebangsaan seperti S Subramaniam.

Sementara itu, Muhammad Afiq yang menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Super musim ini mengakui tidak sabar untuk membantu The Red Warriors dalam kempen Piala Malaysia nanti.

“Mula-mula rasa macam tak percaya Kelantan berminat mendapatkan khidmat saya kerana beberapa pasukan lain juga turut mengemukakan tawaran yang sama.

"Namun Ketua Jurulatih, Razip Ismail beri cadangan datang ke sini, sekurang-kurangnya saya boleh tingkatkan prestasi saya.

“Saya akui penyokong Kelantan memang terbaik di negara ini. Jadi saya perlu berusaha lebih gigih merebut tempat dalam pasukan. Saya kena buktikan kepada jurulatih, kehadiran saya di sini bukanlah sekadar memanaskan bangku simpanan semata-mata,” katanya.

Kelantan dalam kumpulan maut?


Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut pada majlis undian yang berlangsung semalam.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut dibarisi pasukan jiran, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bekas juara, Kedah.

Lain-lain kumpulan menyaksikan LIONS XII, PKNS FC, Johor FC dan Johor diundi dalam Kumpulan A, manakala penyandang juara, Negeri Sembilan bakal berhadapan Perak, Felda United dan Sime Darby dalam Kumpulan C.



Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor pula berada dalam Kumpulan D bersama T-Team, Sarawak serta naib juara Liga Perdana yang akan beraksi semula ke Liga Super musim depan, Pahang.

Menurut pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, walaupun pasukannya merupakan juara Liga Super dan Piala FA tetapi saingan dalam Piala Malaysia tidak boleh diambil mudah tambahan lagi diundi dalam kumpulan yang sangat sukar.

"Apabila kita memasuki saingan Piala Malaysia, kekuatan semua pasukan adalah sama jadi kita seperti bertemu pasukan baru walaupun pernah bertemu dalam Liga Super mahupun Piala FA," katanya.

Terengganu, naib juara musim lalu dianggap pencabar terbesar Kelantan, bukan saja kerana status tradisinya tetapi mereka kini dibimbing bekas pengendali The Red Warriors, Peter Butler.
ATM pula bukan sahaja akan memberi kesukaran kerana baru bergelar juara Liga Perdana tetapi dibarisi dilatih oleh seorang lagi jurulatih yang pernah melatih Kelantan, B. Sathianathan.

Sementara itu pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, undian kali ini lebih terbuka kecuali Kumpulan B yang dilihat sebagai kumpulan maut.

"Sifat ini ambil mudah perlu dikikis, jangan pandang mudah lawan yang dihadapi walaupun Selangor diundi bersama pasukan Liga Perdana, Pahang serta T-Team dan Sarawak," katanya.

Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 24 Ogos ini dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Saingan akhir pula akan berlangsung pada 20 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

ATM ada peluang - Hai O


Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak seharusnya terhenti setakat memenangi Liga Perdana, malah mereka memasang impian untuk merangkul Piala Malaysia biarpun diundi dalam kumpulan maut.

ATM bakal berdepan laluan sukar dalam Kumpulan B apabila diundi bersama dua gergasi pantai timur, Kelantan dan Terengganu, selain bekas juara, Kedah.

Ketua pasukan, Hairuddin Omar berkata, melihat kepada barisan pemain dan tahap pengalaman yang dimiliki, ATM mempunyai peluang untuk melakar sejarah dan melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

no preview

"Kita mampu lakar kejutan tetapi kita perlu hadapi perlawanan peringkat kumpulan satu persatu. Kekuatan kami bukan kerana kehadiran saya, tetapi kami boleh memenangi Piala Malaysia berdasarkan kemampuan keseluruhan pasukan," katanya.

Pemain tengah berusia 32 tahun ini membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009, sebelum mengulangi kejayaan bersama Kelantan pada 2010. Tahun lalu, dia melengkapkan hatrik menjulang piala berprestij itu buat Negeri Sembilan.

"Sasaran awal kami untuk Piala Malaysia musim ini ialah mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang kejayaan yang lebih besar," kata pemain kelahiran Terengganu itu lagi.

Sementara itu pengendali ATM, B. Sathianathan, mengakui Kumpulan B amat sukar dengan kehadiran pasukan berpengaruh dalam saingan Liga Malaysia, termasuk juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan.

"Kita juga tidak boleh mengenepikan cabaran pasukan Kedah kerana mereka juga memiliki sejarah yang hebat," katanya.

Thursday, August 2, 2012

Apek tak rasa tergugat dengan Farizal


Khairul Fahmi Che MatKhairul Fahmi Che Mat
Nama Farizal Marlias yang kian meniti di bibir peminat bola sepak tanah air kerana kecekapannya menjaga gawang Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, dikatakan menggugat kedudukan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama negara.

Bagaimanapun, bagi Khairul Fahmi atau lebih senang disapa Apek, gelaran penjaga gol nombor satu bukan perkara utama tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan prestasi kerja sepasukan sentiasa berada di tahap terbaik.
Malah, anak muda berusia 23 tahun itu menganggapnya sebagai satu persaingan sihat antara rakan sepasukan seterusnya mewujudkan persekitaran yang penuh daya saing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan. 

Apabila ada persaingan sebegitu, ia bermakna pasukan akan menjadi lebi baikh dan bagus". - Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga gol
“Bagi saya tidak ada istilah nombor satu atau nombor dua dalam pasukan. Tetapi sebenarnya ia mampu mewujudkan persaingan sengit antara kami di skuad kebangsaan. 

“Apabila ada persaingan sebegitu, ia bermakna pasukan akan menjadi lebih baik dan bagus,” katanya dalam sidang media selepas meluangkan masa bersama 20 anak yatim dari Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi membeli belah sempena Aidilfitri di Mydin USJ, semalam. 

“Sebenarnya persaingan sihat ini bukan antara penjaga gol saja tetapi pada rakan sepasukan lain untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya yang juga duta jenama Mister Potato itu. 

Farisal dilihat kerap diturunkan ketika ini oleh jurulatih Datuk K Rajagobal dengan yang terbaru ketika menentang Arsenal dan Manchester City berbanding Apek yang hanya masuk padang selepas babak kedua perlawanan terutama dengan juara Liga Perdana Inggeris itu, Isnin lalu.