Nuffnang Ads

Friday, July 20, 2012

1,000 peminat sambut QPR



Park Ji-Sung (kiri) dan pemain Queens Park Rangers yang lain melayani peminat pada sesi bertemu peminat di Kota Baharu, semalam. Kelab Liga Perdana Inggeris itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan dalam siri jelajah Asia di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini. - Bernama

KOTA BHARU - Kehadiran bekas pemain Manchester United, Park Ji-Sung bersama pasukan barunya, Queens Park Rangers (QPR) ke Kelantan disambut meriah oleh lebih 1,000 peminat di sini, semalam.

Kehadiran Ji-Sung bersama pasukannya ke negeri ini adalah untuk bertemu peminat sempena Siri Jelajah Asia QPR.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang juara Liga Super 2012, Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Seorang lagi bekas pertahanan United, Fabio Da Silva turut mencuri perhatian peminat yang berpusu-pusu mendapatkan tandatangan mereka.

Selain bertemu dua pemain tersebut, peminat tempatan turut berpeluang melihat dengan lebih dekat bintang QPR yang lain seperti Robert Green, Anton Ferdinand, Djibril Cisse dan Andy Johnson.
Barisan pemain QPR kemudiannya mengadakan sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV dan menyertai pertandingan sepakan penalti bagi merebut piala khas sumbangan Kumpulan Sentosa.

Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment