Nuffnang Ads

Thursday, July 5, 2012

Brazil ke-11, Belanda ke-8 Ranking Dunia Yang Terkini


BERNE: Brazil terperosok ke tangga ke-11 menerusi senarai ranking terbaru dikeluarkan Fifa, kedudukan paling rendah pernah diduduki mereka sementara negara kerdil, Tahiti naik 41 tangga selepas muncul pemenang pada Piala Negara-Negara Oceana.

no preview
Prestasi pasukan pada saingan Euro juga memberikan impak besar dengan juara kejohanan itu, Sepanyol terus kekal di tangga teratas, Jerman yang melangkah ke separuh akhir naik ke tangga kedua sementara naib juara Euro, Itali melonjak ke tangga keenam dari tangga ke-12.




Sebaliknya, Belanda jatuh dari tangga keempat ke kelapan selepas tersingkir pada pusingan pertama Euro 2012.

Brazil pertama kali tidak berada pada kelompok 10 terbaik sejak sistem ranking diperkenalkan pada 1993 selepas tewas kepada Mexico dan Argentina pada perlawanan persahabatan bulan lalu.



Di bawah sistem yang melalui kiraan agak kompleks itu, Brazil yang juga tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 terjejas prestasi mereka kerana tiada saingan kompetitif yang boleh disertai dengan kali terakhir tersingkir di suku akhir Copa Amerika. Uruguay kekal pasukan dari Amerika Selatan yang menduduki ranking tertinggi iaitu tempat ketiga, diikuti Argentina ketujuh. Ivory Coast muncul pasukan Afrika menduduki ranking tertinggi iaitu ke-16.



Kejutan dilakar Tahiti yang memenangi Piala Negara-Negara Oceana menyaksikan mereka naik 41 tangga iaitu di tangga ke 138, namun masih gagal untuk memperbaiki ranking ke-111 pada 2002, iaitu pencapaian terbaik mereka. 


Sumber : Reuters

No comments:

Post a Comment