Nuffnang Ads

Thursday, July 12, 2012

Tan Sri Annuar Musa Amat Kecewa Sikap FAM Yang Terlampau Bengom+Gong

Selepas tidak mahu membuat bantahan terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur, Persatuan Bola Sepak Terulung Malaysia ( FAM ) sekali lagi mencetuskan kemarahan seluruh rakyat tempatan apabila enggan menyampaikan Piala Liga Super kepada pasukan Kelantan FA pada 14 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu sebaik tamat perlawanan menentang Sarawak.
Sebaliknya, FAM mengarahkan pihak pengurusan Kelantan FA hadir ke Wisma FAM pada 20 Julai untuk mengambil sendiri Piala tersebut.
Situasi ini membangkitkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang merasakan pihak  FAM tidak menghargai langsung pasukan Kelantan FA yang berjaya menebus maruah bola sepak Malaysia dari digadai oleh pasukan kelab dari Singapura iaitu Lions XII.
Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa Kecewa
Menurut Tansri Annuar Musa melalui facebooknya, Kelantan terlibat dengan pasukan EPL iaitu QPR pada 20 Julai dan sangat tidak sesuai untuk meraikan sebarang sambutan memandangkan ianya hari terakhir menjelang Ramadhan.Kelantan juga sudah menjadi Juara Liga pada 7 Julai dan mengapa Piala harus diberikan pada 20 Julai 2012 di Wisma FAM ?
Situasi seperti ini tidak timbul pada musim musim sebelum Kelantan FA menjadi juara kerana Sambutan Angkat Piala semuanya berlangsung di dalam stadium.
Pemain Selangor Raikan Piala Liga di Stadium Shah Alam
Piala Liga Super
Pemain Kedah meraikan Piala Liga di Stadium Darul Aman, Kedah.
Kelantan Juara Liga Super
Pemain Kelantan meraikan Piala Liga di Wisma FAM pada musim 2011.
Sumber : KelantanFA.Com

1 comment:

  1. sama lh kes dgn sarawak tahun 97,tahun tu sarawak juara liga tahun 97,bagi piala letak dalam kotak je abis match lawan selangor last game tahun tu..lagi kejam..nmpk sgt kita ni mcm di pandang sbelah mata je..bangang punya FAM..

    ReplyDelete