Nuffnang Ads

Friday, July 20, 2012

Ibrahimovic lakar sejarah pemain bola sepak berpendapatan tertinggi di dunia terkini




IBRAHIMOVIC (tengah) kini menjadi pemain termahal di dunia.


PARIS - Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.
Ibrahimovic mencipta sejarah itu selepas kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji berjumlah £220,000 (RM1,084,277) seminggu selepas ditolak cukai.
Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.
PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.
"Memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik," kata Ibrahimovic.
Sebelum ini, Presiden Perancis, Francois Hollande bercadang untuk melaksanakan 75 peratus kadar cukai ke atas individu yang memperoleh pendapatan lebih daripada £784,000 (RM386,3969) setahun.
Namun, ejen Ibrahimovic, MiƱo Raoila berjaya melengkapkan perjanjian lumayan yang menyaksikan bekas pemain Barcelona itu menerima bayaran £9.4 juta (RM46 juta) setahun.
Jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya berjaya mencapai sasaran kelab selain menikmati pendapatan £220,000 (RM1,084,277) seminggu.
Tambah Ibrahimovic: "PSG telah menjadikan misi mustahil sebagai tidak mustahil. Salah satu impian yang menjadi kenyataan."

No comments:

Post a Comment