Nuffnang Ads

Sunday, July 15, 2012

'Ghaddar bikin panas' : Kapten Perak


Mohammed GhaddarMohammed Ghaddar
Kelicikannya bangkit kemarahan pemain lawan

"Dia menggunakan perkataan lucah terhadap ibu saya... selepas saya mengatakan dia penipu kerana berlakon dikasari dalam insiden perebutan bola. “Memang saya hilang pertimbangan apabila orang bercakap macam itu pada saya, lebih-lebih lagi ibu saya baru saja menjalani pembedahan dua hari sebelum itu,” kata kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa, semalam. 

Shahrulnizam, seorang daripada pemain menjadi mangsa provokasi penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, dikenakan tindakan buang padang selepas menumbuk pemain berasal dari Lubnan itu ketika Perak bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, 7 Julai lalu.



Bagaimanapun, katanya dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu berbanding kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah yang boleh dilihat dalam You Tube.

Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

No comments:

Post a Comment