Nuffnang Ads

Monday, July 16, 2012

Jadual padat tidak halang Apek pamer aksi terbaik


Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat bertekad untuk mempamerkan aksi mantap dalam setiap perlawanan mewakili negara dan negeri Kelantan, walaupun menghadapi jadual perlawanan padat sehingga hujung tahun ini.

"Perlawanan bola sepak memang banyak tahun ini, tetapi saya tetap fokus dan saya mahu menghadapi perlawanan itu satu persatu kerana setiap jurulatih tahu bagaimana untuk mengatur strategi permainan.

no preview
"Bagi saya, yang penting adalah fokus ketika menjalani latihan serta memberi persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang saya serta rakan sepasukan akan hadapi nanti," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai duta produk terbaharu minuman tenaga 100PLUS.


Khairul Fahmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan "Apek", menjadi pilihan utama skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk menghadapi Piala AFF Suzuki di laman sendiri, November ini selain menjadi pilihan jurulatih Bojan Hodak untuk membantu skuad Kelantan menghadapi Piala AFC dan Piala Malaysia dalam masa terdekat serta perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris QPR.

Khairul Fahmi merupakan atlet kebangsaan keempat yang dilantik menjadi duta syarikat minuman tenaga itu selepas penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Sali, penerjun kebangsaan Pandelela Rinong dan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei. 

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment