Nuffnang Ads

Sunday, July 8, 2012

Van Gaal jurulatih baharu The Oranje

no preview
Bekas jurulatih Ajax, Barcelona dan Bayern Munich, Louis van Gaal dilantik sebagai pengendali baharu Belanda kelmarin.
Van Gaal menggantikan tempat Bert van Marwijk yang meletak jawatan selepas skuad The Oranjegagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada Euro 2012 bulan lalu.
"Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) mencapai persetujuan bersama van Gaal berhubung pelantikan beliau sebagai jurulatih baharu," menurut satu laporan rasmi persatuan itu.
"Van Gaal telah menandatangani kontrak dan beliau akan memulakan tugas pada 1 Ogos ini sehingga tamat Piala Dunia 2014."
Pelantikan itu menamatkan spekulasi berikutan peletakan jawatan van Marwijk pada 27 Jun lalu selepas Belanda menamatkan kempen Euro 2012.
no preview
Van Gaal, 60, memiliki rekod cemerlang sebagai pemain dan jurulatih Ajax Amsterdam, sekali gus memenangi tiga kejuaraan pada 1994, 1995 dan 1996.

Selepas itu, beliau mengambil alih tugas selaku jurulatih kebangsaan dari legenda Belanda, Frank Rijkaard pada tahun 2000 yang mana hanya tewas dua kali sepanjang 14 perlawanan.
Namun, van Gaal mengambil keputusan meletakkan jawatan selepas Belanda gagal untuk layak ke Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun.
Selain Ajax, van Gaal yang memiliki sentuhan cemerlang turut membantu kelab gergasi Jerman, Bayern Munich mara ke final Liga Juara-Juara pada tahun 2011 dan 2009.
"Kami sedang mencari jurulatih yang memiliki pengalaman dengan kelebihan dari segi taktikal dan perwatakan," ujar Pengarah KNVB, Bert van Oostveen.
"Van Gaal bukan sahaja dihormati di Belanda tetapi di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan seorang jurulatih yang berdedikasi dan memiliki motivasi yang tinggi."

No comments:

Post a Comment