Nuffnang Ads

Monday, July 2, 2012

Krisis Kecederaan dalam kem TRW'S, Shahiran Dipanggil Sertai Skuad Senior.


Selepas Khairul Izuan Rosli dan Tuan Mohamad Faem, terkini penyerang berbakat skuad simpanan, Shahiran Mohd Zain pula dipanggil menyertai skuad senior.


Ketiadaan beberapa pemain utama akibat masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan memaksa pihak pengurusan pasukan The Red Warriors memanggil Shahiran untuk melengkapkan pasukan.

Menurut sumber KAFA kepada RedsfcNews, Kelantan kini mengalami krisis kecederaan pemain serangan dimana Ramzul, Ghaddar dan juga Norshahrul kemungkinan tersisih.

Justeru itu, mereka terpaksa memanggil Shahiran bagi memperkuatkan Sang Kijang bagi aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi, malam esok.

Shahiran yang kini berada bersama dengan skuad Sukma di Kuantan akan menaiki bas dari sana ke Seremban pada malam ini.

Sumber : RedsfcNews

No comments:

Post a Comment